Pemasaran merupakan satu proses atau aktiviti bagaimana produk atau perkhidmatan daripada pengeluar dipindahkan sehinggalah ke titik pembeli membeli atau menggunakannya. Pemasaran adalah satu perkara terpenting dalam sesebuah perniagaan mahupun organisasi, iayanya boleh menentukan kejayaan dan kehebatan perniagaan atau organisasi tersebut.
Pemasaran merangkumi penjualan produk mahupun memperkenalkan sesuatu perkhidmatan yang terdapat dalam sesebuah perniagaan atau organisasi. Pegawai pemasaran perlulah konsisten untuk melakukan pemasaran. Pemantapan pegawai pemasaran dengan ilmu pemasaran dan ditambah dengan pengalaman boleh membantu melonjakkan jualan.
Pemasaran ialah satu kaedah untuk menyampaikan maklumat kepada pelanggan sasaran. Bunyinya mudah bukan? Tetapi sekiranya kaedah itu tidak betul maka pelanggan yang pada hakikatnya memerlukan produk atau perkhidmatan itu akan beralih kepada produk atau perkhidmatan lain. Ini kerana setiap produk atau perkhidmatan ada pesaingnya.
Jualan pula berlaku apabila sasaran pelanggan itu berminat dan memerlukan penerangan lanjut. Pada peringkat ini kejayaan sudah 80%. Pada peringkat juga memerlukan teknik dan kaedah yang tertentu agar pelanggan yang sudah berminat itu tidak hilang minatnya.
Setiap manusia akan terlibat dalam proses pemasaran dan jualan, sama ada mereka sedar atau tidak. Cuba perhatikan orang di sekelililing kita, ada orang yang peramah dan disukai ramai dan ada orang suka menyendiri dan pendiam. Ini juga melibatkan elemen pemasaran dan jualan, cuma kita perlu kaitkan dalam konteks yang betul.
Oleh itu, peserta-peserta akan didedahkan dengan pengetahuan baharu dalam bidang kepentingan pemasaran, pemasaran perorangan, pemasaran bercetak, pemasaran online, strategi pemasaran dan pelan pemasaran terkini dan relevan dengan skop produk atau perkhidmatan di dalam organisasi anda.
Program ini bertujuan membina keyakinan diri di kalangan kakitangan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan syarikat anda.
Ceramah, Perbincangan, Latihan Kemahiran, Aktiviti Kumpulan, Kerjasama Berpasukan, Perkongsian Pengalaman, Role-Play, Tayangan Video
Normal Fee | Early Bird | Group Fee |
---|---|---|
Sign up 1 pax | Sign up 1 pax | Sign up 3 pax or more |
Pay 1 day(s) before course starts | Pay 14 day(s) before course starts | Pay 14 day(s) before course starts |
MYR 2990 per pax | MYR 2600 per pax | MYR 2500 per pax |
USD 890 per pax | USD 760 per pax | USD 730 per pax |
Payment mode:
1. ONLINE PAYMENT by Credit card: You can opt to register and pay online with our latest payment integration system through our website.
2. Telegraphic Transfer- You can also opt to use GIRO or telegraphic transfer of payment via international
We'd happy to help.
Feel free to talk to us today, however most suitable for you.
Mobile call/ whatsapp: +6012 6869 628 | +6018 2175 123
Office: +603 8074 9056
Email: info@itrainingexpert.com
Website: www.itrainingexpert.com